=.=


~baca dari "post" yang pertama hingga yang terakhir ye~

Isnin, 5 Mei 2014

This blog will never be updated. If you wish to learn korean go to this website..
talktomeinkorean.com

Selasa, 1 November 2011

LEVEL 1 LESSON 2- Asas bahasa korea [Ya & tidak] { 네 & 아니요}

LEVEL 1 LESSON 2

Dalam pembelajaran kali ini anda akan dapat menjawab soalan YA atau TIDAK dalam bahasa korea

Dalam bahasa Korea "Ya" adalah = 네 [ne]
dan “Tidak” adalah 아니요 [aniyo]  dalam bahasa formal  존댓말 [jondaetmal].

ne dan aniyo boleh digunakan dalam banyak situasi sebenarnya... berikut adalah contoh-contohnya.
네. [ne] = Ya/aah/saya setuju/hah apa dia?/ iye?/ serius?/ooooohh...../hurmmmmmm.....
아니요. [aniyo] = Tidak/saya tidak setuju/

contoh perbualan

A: You know what, I bought this book yesterday,
B: 네. [ne]
A: and I really like it.
B: 네.
A: But it’s a bit too expensive.
B: 네.
A: Do you know how much it was?
B: 아니요.
A: It was 100 dollars!
B: 네? [ne?]
A: So I paid the money with my credit card.
B: 네...

Khamis, 20 Oktober 2011

Pengenalan - Asas bahasa Korea {hello & terima Kasih}

LEVEL 1

LEVEL 1 LESSON 1
안녕하세요. = Hello/ Hai dll.

[an-nyeong]
안녕 = sihat/tenang
[ha-se-yo]
하세요 = kamu merasa/harap merasa

안녕 + 하세요 = 안녕하세요.

[an-nyeong-ha-se-yo]
안녕하세요=Cara yang paling biasa seseorang  mengucapkan salam dalam bahasa Korea
안녕하세요 adalah dalam jondaetmal {존댓말} , polite
Bila ada orang ucap 안녕하세요, anda boleh mengucapkan ia kembali 안녕하세요.


Contoh perbualan
Hyun Jae   : 안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Hello.
Mo Ryong :안녕하세요. [annyeong-haseyo] = Hi.
Hyn Jae     : 감사합니다. = Terima Kasih.


감사 + 합니다 = 감사합니다.
[kam-sa] [hap-ni-da]
감사 = penghargaan, kesyukuran,
합니다 = perasaan saya, 
 감사합니다= TERIMA KASIH

감사합니다 adalah bahasa  formal yang paling biasa untuk menyatakan rasa terima kasih 

Selasa, 4 Oktober 2011

Hangeul - Kuliah nombor 1

Gambar hiasan
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Hangeul ada 24 huruf utama. (huruf dasar) 14 konsonan dan 10 vokal.
Konsonan
ㄱ=k /g
ㄴ=n
ㄷ=d
ㄹ=L
ㅁ=m
ㅂ=b
ㅅ=s
ㅇ=*Null*=tiada bunyi
ㅈ=j
ㅊ=ch
ㅋ=k
ㅌ=t
ㅍ=p
 ㅎ=h





Vokal
ㅏ= a 
ㅑ= ya
ㅓ= eo
ㅕ= yeo
ㅗ= o
ㅛ= yo
ㅜ= u
ㅠ= yu
ㅡ= eu
ㅣ= i








Contoh-contoh suku kata

>> ㄱ=k ; ㅏ= a ; 가 = ka     < huruf disusun dari kiri ke kanan> [melintang]
나 >> ㄴ=n ; ㅏ= a ; 나 = na     < huruf disusun dari kiri ke kanan> [melintang]


고 >> ㄱ=k ; ㅗ= o ; 고= ko     < huruf disusun dari atas ke bawah> [menegak]
구 >> ㄱ=k : ㅜ= u ; 구= ku     < huruf disusun dari atas ke bawah> [menegak]


Cara huruf-huruf disusun adalah bergantung pada garisan melintang yang terdapat pada huruf vokal
jika garisan melintang pada huruf vokal lebih panjang atau sama panjang dengan garisan menegak,
>> Huruf-huruf akan disusun dari atas ke bawah

Kalau ada 3 huruf? 
contoh "gam" >> g =ㄱ ; a =ㅏ ; m = ㅁ;  gam = 감     [melintang]
contoh "gom" >> g =ㄱ ; o = ㅗ ;  m = ㅁ; gom = 곰   [menegak] 

Penggunaan konsonan ㅇ

안 >> ㅇ = Null ; ㅏ = a ; ㄴ = n  ; 안 = an      [ㅇ = x payah bunyikan]
**setiap suku kata mesti bermula dengan konsonan 

senang je kan.... tapi belum habis lagi.... ini baru huruf dasar... lepas ni kita belajar huruf turunan pulak ye...
terima kasih... 

안녕히 계세요

Ahad, 2 Oktober 2011

Belajar Tulisan Korea (hangeul - 한글) -Pengenalan

APA ITU HANGEUL?? Hangeul  adalah nama bagi tulisan korea.. "Han" bermaksud "great" ( hebat) dan "geul" bermaksud "script" ( skrip) jadi Hangeul boleh diterjemahkan sebagai skrip yang hebat...so, orang korea anggap tulisan diorang adalah tulisan yang hebat.  Poyo je org korea ni kan
=.= 

     Tulisan korea atau hangeul mengandungi 24 huruf. 
Setiap huruf disusun dalam bentuk blok untuk menghasilkan suku kata...... (1 blok = 1 suku kata) 

Contoh :  han =
ㅎ = h
ㅏ = a
ㄴ = n

Setiap blok disusun  dalam bentuk melintang dari kiri ke kanan atau dalam bentuk menegak dari atas ke bawah.

Itu je la untuk pengenalan Hangeul. "Next post" akan menerangkan sembilan huruf pertama...
, 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
end of part 1

*gambar diambil dari "google search"